madah puisiku.

Saat bait puisi ini berlagu
Menyusup masuk ke dalam jasadmu
Aku berharap kau pun tahu
Dalam hati...
Ada musim rindu yang sedang melanda
Rahsia hati yang makin meronta

Seribu tanda tanya bermain dipelantar bicara
Buat aku keliru untuk mencari maksud
Tersembunyi dalam halusinasi
Tak pasti apa jawapan yang mahu diberi
Tak pernah ditanya rahsia sebalik bicara
Pernah cuba ku pecah kotak kaca yang mendera
Namun berlegar-legar semua rasa

Degupan jantung kian bergelora
Rasa hatiku makin keliru
Rahsia hatimu tiada ku tahu
Aku di sini terdiam tanpa kata

No comments:

Post a Comment